Thursday, September 24, 2009

Tuesday, September 22, 2009

SKRIP & STORYBOARD

Skrip

Tok Halaq mendapat petunjuk daripada 'semangat' sebelum upacara sewang perubatan dijalankan. Semangat tersebut sering dikaitkan dengan hantu ataupun roh yang datang dari tanah perkuburan ataupun lain-lain tempat. Semasa Tok Halaq tidur, semangat tersebut akan hadir dalam mimpi Tok Halaq dan memberi petunjuk kepada Tok Halaq. Setelah Tok Halaq mendapat petunjuk daripada semangat tersebut, upacara merawat pesakit dijalankan.

shot- pans persekitaran kubur
time duration- 5 seconds
shot- gambaran burung hantu
time duration- 5 seconds

shot- zoom in persekitaran rumah Tok Halaq
time duration- 10 seconds

shot- pans ukiran patung orang asli di dinding rumah Tok Halaq
time duration- 7 seconds
shot- zoom in Tok Halaq sedang tidur
time duration- 10 seconds

shot- close-up muka Tok Halaq sedang tidur
time duration- 7 seconds
shot- full shot Tok Halaq bermimpi semangat (spirit)
time duration- 12 seconds

shot- close-up tangan Tok Halaq menerima petunjuk drpd semangat
time duration- 10 seconds
shot- close-up muka Tok Halaq tersedar drpd mimpi
time duration- 7 seconds
shot- Tok Halaq menjalakan sewang perubatan slps mendapat petunjuk drpd mimpi
time duration- 10 seconds














































Tarian Sewang Perubatan


Tarian Sewang membawa maksud tari-menari. Terdapat empat jenis sewang iaitu sewang kematian, perubatan, menyambut tetamu dan kesyukuran. Masyarakat orang asli percaya kepada semangat. Penyanyi utama di dalam upacara sewang perubatan dipanggil Tok Halaq. Terdapat dua kaedah mengubati penyakit sama ada ia dikesan sendiri oleh Tok Halaq yang bermimpikan semangat tersebut yang memberikan petunjuk tentang sewang perubatan atau Tok Halaq menerima rayuan daripada keluarga pesakit untuk mengubati pesakit berkenaan.

Terdapat beberapa jenis Sewang Perubatan iaitu Sewang Chenchem, Gamok, Panoh, Penhei, Manjar, Pungei, Tanggei, dan Selombang. Contohnya Sewang Chenchem yang dikaitkan dengan semangat serta roh orang yang telah meninggal dunia, manakala Sewang Panoh pula dikaitkan dengan semangat dan rasukan harimau. Sewang Pungei pula dikaitkan dengan semangat bunga-bungaan, tumbuhan di hutan serta roh puteri gunung dan sebagainya. Penyakit yang disebabkan oleh racun seperti racun pokok Ipoh ataupun terkena santau biasanya menggunakan Sewang Gamok yang bertujuan untuk memulihkan pesakit berkenaan.