Tuesday, September 22, 2009

Tarian Sewang Perubatan


Tarian Sewang membawa maksud tari-menari. Terdapat empat jenis sewang iaitu sewang kematian, perubatan, menyambut tetamu dan kesyukuran. Masyarakat orang asli percaya kepada semangat. Penyanyi utama di dalam upacara sewang perubatan dipanggil Tok Halaq. Terdapat dua kaedah mengubati penyakit sama ada ia dikesan sendiri oleh Tok Halaq yang bermimpikan semangat tersebut yang memberikan petunjuk tentang sewang perubatan atau Tok Halaq menerima rayuan daripada keluarga pesakit untuk mengubati pesakit berkenaan.

Terdapat beberapa jenis Sewang Perubatan iaitu Sewang Chenchem, Gamok, Panoh, Penhei, Manjar, Pungei, Tanggei, dan Selombang. Contohnya Sewang Chenchem yang dikaitkan dengan semangat serta roh orang yang telah meninggal dunia, manakala Sewang Panoh pula dikaitkan dengan semangat dan rasukan harimau. Sewang Pungei pula dikaitkan dengan semangat bunga-bungaan, tumbuhan di hutan serta roh puteri gunung dan sebagainya. Penyakit yang disebabkan oleh racun seperti racun pokok Ipoh ataupun terkena santau biasanya menggunakan Sewang Gamok yang bertujuan untuk memulihkan pesakit berkenaan.




1 comment: